Monday, May 26, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1429H/2008M

1) SEPARUH AKHIR

Tempat : Masjid Al-Azim, Melaka

Tarikh : 31 Mei 2008 (Sabtu)

Jam : 8.00pagi


2) AKHIR

Tempat : Masjid Al-Ghaffar, Jasin melaka

Tarikh : 13 Jun 2008(Jumaat)

Jam : 8.30malam

Wednesday, May 7, 2008

Tafsir: Al-Baqarah:121

Allah berfirman: “Orang-orang yang telah Kami berikan Alkitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.(Al-Baqarah:121)

Ayat ini mengandung hal-hal sebagai berikut:

1. Sifat sahabat-sahabat Nabi dalam mengikuti Alquran dan mengamalkannya.

Abdullah bin Abbas berkata: “Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya.” Ia berkata, “Maksudnya adalah mengikuti Alquran dengan yang sebenar-benarnya, menghalalkan apa yang telah dihalalkan, dan mengharamkan apa yang telah diharamkan serta tidak menyelewengkannya dari tempat-tempatnya.”

Qatadah berkata: “Mereka itulah sahabat-sahabat Muhammad saw. yang telah beriman kepada kitab Allah dan membenarkannya, menghalalkan yang telah dihalalkan dan mengharamkan yang telah diharamkan, serta mengamalkan apa yang ada di dalamnya.”

2. Alquran diturunkan untuk direnungkan dan diamalkan.

3. Menganjurkan seorang muslim agar meneladani para pendahulunya, yaitu para sahabat Rasul dan tabiin dalam merenungkan kitab Allah, mempelajarinya dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya.

Greatest Qari of Malaysia

Tuesday, May 6, 2008

YASEEN SHAREEF "AL QURAN"

Adab-adap dalam mengajar dan mempelajari Al-Quran

Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (التبيان فى اداب حملة القرءان) dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah;
1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT.
2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-Quran.
3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai pakaian yang tidak senonoh.
4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.
5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada muridnya.
6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain.
7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru kepadanya.
8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan sebagainya.
9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.
10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.
11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.
12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu’.
13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.
Dikemaskini Oleh Mohd Zainul Arifien Mohd Jaid

Kelebihan Membaca Al-Quran

Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)
Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Mas'ud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1429H/2008M

Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka 1429H/2008M (Peringkat Parlimen)
1) Parlimen Bukit Katil
Tempat : Masjid Kg Kandang, Melaka
Tarikh : 17 mei 2008 (Sabtu)
Jam : 2.30pg

2) Parlimen Tangga Batu
Tempat : Masjid Tanjung Keling, Melaka
Tarikh : 17 Mei 2008(Sabtu)
Jam : 10.00pg

3) Parlimen Masjid Tanah
Tempat : Masjid Pengkalan Balak,Melaka
Tarikh : 18 Mei 2008(Ahad)
Jam : 9.00pg

4) Parlimen Alor Gajah
Tempat : Masjid kampung Beringin Durian Tunggal
Tarikh : 18 Mei 2008 (Ahad)
Jam : 5.00ptg

5) Parlimen Kota Melaka
Tempat : Masjid Balai Panjang
Tarikh : 24 Mei 2008(Sabtu)
Jam : 2.30ptg

6) Parlimen Jasin
Tempat : Masjid Simpang Merlimau
Tarikh : 25 Mei 2008(Ahad)
Jam : 6.00ptg

Monday, May 5, 2008

1. PENGENALAN BAHAGIAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka merupakan sebahagian dari Jabatan Agama Islam Melaka. Dahulu ianya dikenali sebagai unit Penerangan. Fungsi utama Bahagian ini ialah menyampaikan Dakwah dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Dakwah. Lokasi terkini di alamat Aras 1, Kompleks MAIM, Bukit Palah, 75150 Melaka..

Melagukan Bacaan Al-quran

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”

(Muslim)

Huraian:
Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar. Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

CD ROM Belajar Tarannum Interaktif oleh Tuan Haji Mohd Zainul Arifin bin Mohd Jaid

Tuan Haji Mohd Zainul Arifin bin Mohd Jaid telah membangunkan sebuah perisian interaktif Belajar Tarannum. Perisian ini menekankan konsep belajar sendiri secara latih-tubi. Pengguna boleh mendengar bacaan bagi satu-satu ayat (harakat tarannum) sebanyak mana yang dikehendaki dengan menekan butang yang tertentu. Turut dimuatkan dalam CD ROM ini, Nota Tarannum dalam format PDF dan juga beberapa Klip Video yang menarik. Sekiranya anda berminat, silalah download DEMO seperti di URL berikut;
http://www.zainul.com/tarannum.zip
Harganya RM 18.00 sekeping CD termasuk belanja POS. Pesanan boleh dibuat melalui telefon atau SMS di nombor 012-4218590 atau emai kepadal zainul64@yahoo.com dengan menyatakan jumlah pesanan, nama, alamat dan poskod yang lengkap.
Bayaran boleh dibuat melalui ;

MAYBANK
No. Akaun : 164856006676 atas nama Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
atau
Bank Islam
No. Akaun : 08031020212302 atas nama Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
Sekian, Wassalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

laman blog ini bagi memudahkan bahagian dakwah JAIM melakukan aktiviti dakwah melalui laman web dan berkongsi idea..

sesiapa yang ingin berkongsi idea dan maklumat sudi-sudi lah mengisi ruang komen..